Dunia ini persinggahan

Setiap pasti akan dan telah manusia melalui beberapa alam.
1.Alam kandungan
Alam pertama ditempuhi manusia ini ialah alam kandungan. Selama 9 bulan manusia berada dalam kandungan ibu. Setelah 9 bulan kandungan ini akan dipaksa keluar oleh Allah sama ada mereka suka atau tidak. Kerana pasti berada dalam kandungan ibu begitu mengamankan dan selesa. Dapat makan dan minum percuma tanpa perlu bersusah payah
2.Alam Dunia
Setelah lahir manusia hidup di dunia dan leka dengan segala kesenangan yang pastinya lebih enak lagi berbanding dalam kandungan ibu. Namun hidup di dunia ini juga tidak berterusan, kerana mereka pasti mati. Manusia dipaksa pula untuk mati dan meninggalkan dunia yang penuh kebebasan dan kesenangan.
3.Alam Kubur
Setelah mati, manusia akan mendiami alam kubur. Alam yang sempit dan gelap atau luas dan cerah bergantung pada amalan mereka semasa hidup di dunia dahulu.
4.Alam Akhirat
Setelah melalui alam kubur yang entah selama mana kita tinggal, kita akan dipaksa pula menuju ke alam akhirat. Kita akan dibangkitkan dan diberi pembalasan atas apa yang kita lakukan semasa hidup di dunia. Alam ini hanya ada dua kesudahannya dan menjadi tempat tinggal yang berkekalan, iaitu syurga atau neraka

Comments